Anda sukakan perkara yang unik dan pelik? Rasa takjub melihat benda-benda yang pelik? Di Malaysia sekarang ini semakin banyak perkara pelik yang sememangnya menarik perhatian orang ramai. Ini termasuklah dalam pameran galeri dan muzium. Di Penang sahaja, ada 10 muzium atau galeri pelik yang portal Sini.Com berjaya senaraikan.
Mari kita lihat 10 muzium dan galeri yang akan membuatkan anda berasa hairan.
1. MUZIUM EMAS PG
Terletak di salah satu bangunan warisan di Pulau Pinang, Muzium Emas PG ini diwujudkan untuk memberikan ilmu, pengetahuan dan pengalaman kepada anda tentang dunia emas termasuk dalam proses mendulang emas. Anda juga berpeluang menyentuh dengan jari tangan anda sendiri jongkong emas seberat 50 kg! Di sini juga mempunyai lukisan 3D. Bolehlah anda bergambar seolah-olah sedang bekerja keras di lombong emas.
Waktu Operasi :
Isnin - Ahad
9 pagi - 6 petang
Bayaran Masuk :
Dewasa (MyKad) - RM 30
Kanak-Kanak 7 - 12 Tahun (MyKid) - RM 15
Warga Emas 60 Tahun Ke atas - RM 15
Alamat Muzium :
No 95, Lebuh Bishop, 10200 Pulau Pinang (maps)
No Tel : 04-261 9999
Facebook Page : PG Gold Museum
2. MUZIUM UPSIDE DOWN
Muzium rumah terbalik yang sempurna. Di sini anda akan dapat melihat sebuah rumah yang mempunyai perabot dan peralatan dalam keadaan terbalik tetapi sempurna kedudukannya. Bila melihat gambar-gambar para pengunjung, terasa hairan pula bagaimana rumah sedemikian rupa boleh dibangunkan?
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat : 8.45 pagi - 4.30 petang
Sabtu & Ahad : 8.45 pagi - 7.30 malam
Bayaran Masuk :
Dewasa (MyKad) - RM 16
Dewasa (Tanpa MyKad) - RM 27
Kanak - Kanak ( 5 - 12 tahun ) - RM 8
Kanak - Kanak ( Tanpa MyKad ) - RM 16
Pelajar ( Kad Pelajar ) - RM 11
Alamat Muzium : No 45, Lebuh Kimberley, George Town, 10100 Pulau Pinang (maps)
No Tel : 04-2642660
Facebook : Muzium Upside Down
3. MUZIUM MAINAN PULAU PINANG
Ingin melihat patung watak-watak hero animasi secara lebih dekat? Di Muzium ini, kanak-kanak akan teruja melihat dengan lebih dekat patung hero animasi kesayangan mereka seperti Batman, Superman, Ultraman, Spiderman, Star Wars, Pikachu , Shrek, Pirates of Carribean , Hulk, Snoopy dan banyak lagi. Seolah-olah berada dalam dunia fantasi yang dipenuhi oleh watak-watak penyelamat dunia! Ianya diiktiraf sebagai Muzium Mainan terbesar di dunia oleh The Malaysia Book Of Records.
Waktu Operasi
Dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi - 6.00 petang
Bayaran Masuk
Dewasa : RM 15
Kanak-Kanak : RM 10
Alamat Muzium : 1370, MK2, Teluk Bahang, 115050 Penang (maps)
No Tel : 012-4602096
Website : http://www.penangtoymuseum.com/
4. MUZIUM HANTU PULAU PINANG
Hantu cina, hantu firaun, hantu tanpa kepala, dan segala jenis hantu memang digeruni manusia. Cuba atasi ketakutan anda dengan melawat Muzium Hantu Di Penang ini. Perasaan berada di sini seolah-olah berada di dalam sebuah rumah yang dipenuhi hantu dan tengkorak orang mati!
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat
10 pagi - 7 malam
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
10 pagi - 9 malam
Bayaran Masuk
Mykad / Mykid
Dewasa : RM18
Kanak- Kanak : RM 8
Warga Emas : RM 8
Pelajar : RM 10
Tanpa Mykad
Dewasa : Rm 36
Kanak - Kanak : RM 16
Warga Emas : RM 16
Pelajar : RM 16
Alamat Muzium : 57, Lebuh Melayu, Georgetown, 10100 Penang (maps)
No Tel : 04-2612352
Facebook Page : Muzium Hantu Penang
5. RUMAH PERANAKAN PULAU PINANG
Legasi, budaya dan keunikan gaya hidup baba dan nyonya di Malaysia sememangnya tidak pernah lekang dek panas matahari sejak abad ke 15. Asimilasi budaya Cina bersama budaya tempatan di Tanah Melayu melahirkan keunikan tersendiri dari sudut agama, budaya, pakaian, masakan, perkahwinan dan sebagainya. Rumah Peranakan Penang ini dapat memberikan gambaran yang lebih dekat dan realiti tentang dunia sebenar Peranakan di Malaysia.
Waktu Operasi :
Isnin - Ahad : 9.30 pagi - 5.00 petang
Bayaran Masuk
Dewasa : RM 20
Kanak - Kanak ( 6 - 12 tahun ) : RM 10
Kanak - Kanak ( bawah 6 tahun ) : PERCUMA
Alamat : 29, Church St, George Town, 10200 Pulau Pinang (maps)
No Tel : 04-2642929
Website :http://www.pinangperanakanmansion.com
Facebook Page : Penang Peranakan Mansion
6. MUZIUM TEROWONG MASA PULAU PINANG
Muzium ini memberi anda peluang menerokai dunia masa lampau. Anda dapat melihat peralatan yang digunakan oleh orang-orang pada zaman dahulu iaitu kira-kira 400 tahun yang lalu. Muzium ini juga mempunyai pameran lukisan 3D , bilik anti graviti dan lain-lain yang menakjubkan.
Waktu Operasi :
Isnin : 9.15 pagi – 7.30malam
Selasa - Jumaat : 9.15 pagi – 7.00 malam
Sabtu, Ahad & Cuti Umum : 9.15 pagi – 8.00 malam
(waktu masuk terakhir adalah satu jam sebelum tutup)
Bayaran Masuk :
Mykad / Mykid
Dewasa : RM 16
Kanak-Kanak (5-12 tahun) : RM 8
Pelajar(kad pelajar) : RM 11
Pelancong Asing
Dewasa : RM 27
Kanak-Kanak (5 tahun ke atas) : RM 16
Alamat : 39, Jalan Green Hall,, 10200 George Town, Penang (maps)
No Tel : 04 - 261 9181
Website : http://penangtimetunnel.com/
Facebook : https://www.facebook.com/pgtimetunnel
7. MUZIUM PUPPET DAN OPERA TEOCHEW
Pada masa lalu Opera Teochew sangat popular di Pulau Pinang. Kini, persembahan opera bukan lagi menjadi hiburan utama masyarakat. Di Rumah Opera dan Puppet Teo Chew ini anda berpeluang mendekat dunia opera sebenar yang pernah popular suatu ketika dahulu. Ada pelbagai koleksi boneka besi Teochew, pakaian tradisional opera, gear kepala yang dipakai dalam persembahan serta alat muzik yang digunakan untuk persembahan opera ada di pamerkan di sini. Rumah Opera ini dibangunkan di sebuah rumah kedai di kawasan zon warisan yang diwartakan oleh UNESCO. Ia dikendalikan oleh generasi ke 5 keluarga Kim Giak Low Choon.
Waktu Operasi
Selasa - Ahad : 10 pagi - 6 petang
Bayaran Masuk
RM 5
Alamat : 122 Lebuh Armenian, 10200 George Town (maps)
No Tel : 04-2620377
Facebook : https://www.facebook.com/TeochewPuppetAndOpera
8. MUZIUM KAMERA PULAU PINANG
Terletak di bandar Georgetown, Muzium Kamera ini mempamerkan pelbagai koleksi kamera terutamanya kamera lama dari jenama-jenama terkenal seperti Leica, Canon, Minolta, Pellix, Yashica, Olympus, Nikon, Agfa dan sebagainya. Saksikan sendiri betapa besarnya saiz kamera pada zaman dahulu berbanding dengan saiz kamera kini. Anda juga berpeluang untuk berada dalam bilik gelap pemprosesan gambar, pameran pelbagai hasil fotografi yang menakjubkan dari seluruh dunia dan lain-lain pameran tentang dunia kamera.
Waktu Operasi :
Isnin - Ahad
9.30 pagi - 6.30 petang
Bayaran Masuk :
Dewasa : RM 20
Pelajar & Warga Emas : RM 10
Alamat : 49, Leboh Muntri, George Town, 10200 Pulau Pinang (maps)
No Tel : 04-2613649
Website : http://www.thecameramuseumpenang.com/
Facebook : https://www.facebook.com/PenangCameraMuseum
9. I-BOX MUSEUM GLASS OF PENANG
Hayati keindahan hasil seni dan ukiran indah di atas kepingan kaca di Muzium Kaca Pulau Pinang. Pelbagai hasil seni lukisan kaca yang berwarna warni dapat disaksikan. Selain itu, ada juga barangan hiasan dan cenderamata seperti jam dinding kaca, jam dalam botol kaca, keychain dan sebagainya semuanya dari hasil ukiran kaca. Jika berminat untuk menghasilkan lukisan sendiri di atas kaca, anda boleh cuba melukis mengikut kreativiti dan kemudian membawa pulang hasil seni itu sebagai kenang-kenangan.
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat : 9.30 pagi - 6.00 petang
Sabtu : 9.30 pagi - 5.00 petang
Bayaran Masuk :
Dewasa : RM 15.00
Kanak-Kanak (3-12 tahun) : RM 7.00
Alamat : No. 80-0, Jalan Mount Erskine, Tanjung Tokong, Pulau Pinang (maps)
No Tel : 017-584 1017
Website : http://www.iboxglass.com/
Facebook : https://www.facebook.com/IboxMusuemOfGlass
10 . MUZIUM INTERAKTIF MADE IN PENANG
Muzium Interaktif Made In Penang in sebenarnya adalah muzium yang mempamerkan lukisan interaktif dalam bentuk 3D, himpunan miniatur patung-patung seperti orang sedang berdayung sampan dan lukisan dinding yang menarik. Apa yang menariknya ialah segala lukisan interaktif yang dipamerkan menceritakan segala-galanya tentang Pulau Pinang dari segi sejarah, budaya dan gaya hidup di Penang.
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat : 9.00 pagi - 6.00 petang
Sabtu dan Ahad : 9.00 pagi - 8.00 malam
Bayaran Masuk
Dewasa (Mykad ) : RM 15.00
Kanak-Kanak (Mykid) : RM 10
Pelancong Asing : RM 30.00
- Alamat : No 3, Pengkalan Weld, George Town, 10300 Pulau Pinang (maps)
No Tel : 04-2626119
Facebook : https://www.facebook.com/MadeInPenang
Sumber artikel: Sini.com
EmoticonEmoticon