Friday, November 2, 2018

Apa beza Daun Sup & Daun Ketumbar?


Kekeliruan ini sering berlaku kepada orang lelaki apabila isterinya minta belikan di pasar. Tapi jangan kata semua kaum wanita mahir tentang perkara ini. Ada juga yang terkeliru.
Daun Sup
Daun Saderi, daun sup atau ranting suri merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium.

Daun Ketumbar
Daun Ketumbar atau nama saintifiknya, Coriandrum Sativum mempunyai daun yang lebih kecil dan rimbun. Baunya juga lebih menyengat dan pedas jika dibandingkan dengan daun sup. Daun yang dikenali sebagai Pasli Cina ini seringkali digunakan untuk masakan Thailand seperti tomyam.

Saiz & Bentuk

Daun ketumbar memang seakan daun sup tetapi ia agak nipis dan sedikit kecil berbanding daun sup.

Bau

Dari segi bau pula, daun ketumbar lebih kuat baunya daripada daun sup.

Kegunaan

-Daun Sup

Biasanya dicampurkan ke dalam sup atau kuah sos.

-Daun Ketumbar

Biasanya ditabur keatas semua makanan, tetapi banyak digunakan didalam masakan yang menggunakan limau serta tomyam.

Semoga perkongsian mengenai perbezaan daun sup dan daun ketumbar diatas dapat memberi sedikit manfaat.

Jangan lupa kongsikan dengan yang lain juga ya. Terima kasih.


EmoticonEmoticon