Monday, November 12, 2018

Apa beza Ikan Keli dan Ikan Sembilang?

Salah satu makanan yang digemari oleh rakyat Malaysia ialah masakan ikan keli dan ikan sembilang.

Adakah ia ikan yang sama cuma panggilan sahaja yang berlainan?

Jawapannya TIDAK!

Ikan ni memang seakan-akan sama saja rupa kedua-duanya.

Antara resipi makanan yang biasa dimasak menggunakan ikan keli dan ikan sembilang ialah masak asam pedas, goreng cili atau sambal dan masak lemak cili padi.
Ikan keli masak pedas Dari Dapur Maklong

Semua makanan tu pedas-pedas belaka kan, ini adalah untuk menghilangkan baunya yang agak hanyir tapi masih menjadi makanan kegemaran orang-ramai.
Gulai ikan sembilang

Perbezaan di antara kedua-dua jenis makanan ini ialah:

- Ikan sembilang hidup di laut tapi ikan keli hidup dalam air tawar seperti sungai, kolam dan sawah.
- Ikan sembilang saiznya lebih besar dari ikan keli.
- Warna ikan keli lebih gelap berbanding dengan ikan sembilang.
- Ikan sembilang ada macam sirip atau duri kat belakang dia tapi ikan keli tak ada ni.

- Ekor ikan keli berbeza sedikit tirus berbanding ekor ikat sembilang.

Betul ke ada orang kata ikan keli ni ada yang diternak dengan cara yang tak sesuai untuk dijadikan makanan?

Ada 1 petua untuk mencari ikan keli yang bersih dan sesuai untuk dimakan iaitu belilah dari kampung-kampung atau pilihlah ikan keli yang kecil dan warnanya gelap.

Ikan keli yang bersaiz besar ada banyak lemak kerana dibela dengan makanan yang kotor.

Jadi nikmatilah ikan sembilang dan ikan keli anda yang sesuai untuk dijadikan makanan.

2 comments

gambar tu cam terbalik la boss.. sepatutnya gambar atas ikan sembilang dan gambar bawa ikan keli...

Tulis panjang2 tapi gambar pun salah daa.... ekor ikan sembilang terus je bersambung dgn sirip dia. Ikan keli yang ekor segitiga cam ekor ikan2 biasa.


EmoticonEmoticon