Sunday, January 13, 2019

Apa beza drama dan teater?


Drama

  • Dran – berasal daripada perkataan Grek Kuno “Dran” atau “Dram” yang bermaksud melakukan, melakonkan.
  • Berbentuk skrip yang lengkap dengan aspek strukturalnya
  • Seni sastera – bertulis untuk dibaca (individu)
  • Cerminan realiti hidup

Teater

  • Teater – berasal daripada perkataan Grek Kuno “Theatron” yang bermaksud tempat untuk menonton
  • Skrip/ satu karangan berbentuk prosa dan puisi untuk tujuan dpentaskan
  • Seni untuk ditonton secara kolektif
  • Perlu digarap untuk dipentaskan

Rumusan:

Apakah pula elemen-elemen drama dan teater?

ELEMEN DALAM DRAMA

  • Cerita
  • Pemikiran
  • Plot
  • Mesej
  • Watak dan Perwatakan
  • Latar
  • Gaya bahasa

ELEMEN DALAM TEATER

  • Pelakon
  • Ruang lakon (pentas)
  • Skrip atau idea/subjek (Jika tanpa skrip)
  • Penonton
  • Elemen visual/ sinografi
  • Struktur dramatik
  • Koordinasi semua elemen

Drama merupakan skrip yang bertulis dan berbeza apabila dipersembahkan melalui media yang berbeza….

Apakah pula yang dimaksudkan Drama dan Teater Dalam Pendidikan (TDP)?

Drama dalam pendidikan ialah...

  • Penggunaan drama untuk mengajarkan mata pelajaran lain.
  • Lebih untuk tujuan pemahaman berbanding pementasan atau “playmaking”
  • Walaupun dilaksanakan secara proses melalui imaginasi dan fantasi tetapi yang lebih diutamakan ialah sikap pelakon berbanding watak-watak yang dilakonkan.

Teater dalam Pendidikan pula ialah....

Berdasarkan konsep British – merujuk kepada teater kanak-kanak yang menggunakan bahan daripada kurikulum atau isu sosial sebagai tema. Sering dipersembahkan oleh kumpulan teater profesional atau pelakon guru. Matlamat utama pementasan – untuk merangsang pelajar dalam pemahaman terhadap isi pelajaran disamping sebagai hiburan.

Di USA termasuk juga drama kreatif dan tidak semestinya untuk kanak-kanak atau sekolah. Ia boleh dilaksanakan di kalangan penonton dewasa, asal matlamatnya untuk mendidik.

TDP perlu menghiburkan supaya dapat mengekalkan tumpuan dan minat penonton, walaupun hiburan bukan matlamat utama. Ia perlu merangsang pemikiran dan mendalami/ menyentuh perasaan penonton terhadap sesuatu isu .

TDP – penggunaan beberapa teknik teater dalam bilik darjah bagi tujuan mencapai objektif pendidikan. Ia bukan sahaja untuk tujuan hiburan tetapi yang lebih utama untuk merangsang pemikiran dan menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti teater.

Tiga perkara utama dalam pelaksanaan TDP

  • Bahan biasanya dirancang dan distrukturkan khusus menepati kehendak dan objektif kurikulum dan berdasarkan keupayaan serta situasi pelajar
  • Penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti seperti main peranan, kemahiran-kemahiran belajar, membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan berinteraksi – aktiviti perlu fleksibel walaupun distrukturkan
  • Perlu memberi beberapa cadangan dan kerja lanjutan khususnya dibengkelkan – penting juga untuk guru bagi menentukan strategi selanjutnya.


Monday, November 26, 2018

Apa beza lampu isyarat Jepun dan negara lain?


Bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya terutamanya di simpang-simpang besar dan sibuk, biasanya lampu isyarat akan digunakan. Ianya sangat efektif bagi mengawal laluan kenderaan yang ingin keluar masuk daripada simpang yang berlainan.

Secara umumnya, terdapat 3 warna pada lampu isyarat iaitu merah yang bermaksud "berhenti", kuning bermaksud "sedia untuk berhenti" dan hijau pula bermaksud "teruskan jalan". Tidak kira di negara mana sekalipun, maksudnya tetap sama.
Walau bagaimanapun, di Jepun anda akan dapati sesetengah lampu isyaratnya tidak menggunakan warna hijau sebaliknya biru. Sekiranya anda baru pertama kali menjejakkan kaki ke Jepun, anda mungkin akan keliru dengan perbezaan ini.

Persoalannya, mengapakah Jepun menggunakan warna biru pada lampu isyarat mereka dan tidak menggunakan lampu berwarna hijau seperti yang digunakan di negara-negara lain di seluruh dunia? Adakah warna biru ini mempunyai maksud yang sama dengan warna hijau?

Keunikan bahasa Jepun
Jawapan bagi persoalan ini adalah kerana keunikan bahasa Jepun itu sendiri. Ratusan tahun dahulu, bahasa Jepun hanya mempunyai perkataan untuk merujuk kepada 4 warna asas iaitu hitam, putih, merah dan biru.

Sebagai contoh, sekiranya anda hendak merujuk sesuatu benda yang berwarna hijau, anda akan memanggilnya "ao", iaitu biru dalam bahasa Jepun. Walaupun begitu, secara umumnya semua orang akan faham ia sebenarnya merujuk kepada warna hijau.

Tidak lama kemudian, perkataan "midori" yang bermaksud "tumbuhan yang bercambah" mula digunakan secara luas dalam penulisan untuk merujuk kepada warna hijau. Walau bagaimanapun, warna hijau yang digelar "midori" ini masih dianggap sebagai salah satu warna derivatif yang berasal daripada biru (atau "ao").

Malangnya, walaupun perkataan "midori" ini telah wujud dan lebih tepat untuk merujuk kepada warna hijau, rata-rata orang Jepun sendiri lebih selesa memanggilnya sebagai "ao".

Perubahan warna hijau kepada biru di lampu isyarat
lampu isyarat biru

Ketika lampu isyarat baru diperkenalkan di Jepun, warna hijau telah digunakan sama seperti lampu isyarat di negara-negara lain. Walau bagaimanapun, dalam dokumen rasmi yang digunakan kerajaan, warna hijau ini seringkali dipanggil "ao" dan bukannya "midori".

Para pejuang bahasa telah membantah keputusan kerajaan meneruskan penggunaan perkataan "ao" bagi merujuk warma hijau sebaliknya kerajaan haruslah memanggilnya "midori". Oleh itu, kerajaan akhirnya telah bersetuju untuk berkompromi berkaitan perkara ini.

Pada tahun 1973, kerajaan telah mengumumkan tentang kewajipan penggunaan penggunaan hijau seakan-akan biru pada lampu isyarat. Secara teknikalnya, ianya berwarna hijau tetapi sekali pandang, anda akan melihatnya seperti warna biru dan ini membolehkan kerajaan memanggilnya "ao".

Ia mungkin kedengaran agak pelik tapi bagi kerajaan, penggunaan hijau seakan-akan biru ini membolehkan mereka patuh kepada undang-undang jalan raya antarabangsa yang mewajibkan penggunaan warna hijau tetapi pada masa yang sama memanggilnya "ao" kerana ia masih seakan-akan biru.

Kekeliruan bukan hanya terhad pada warna lampu isyarat

Benar, penggunaan perkataan "ao" bagi merujuk kepada warna hijau bukan saja menimbulkan kekeliruan pada warna lampu isyarat sahaja, sebaliknya perkara-perkara lain juga seperti buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan.

Sebagai contoh, di kedai buah-buahan anda mungkin akan melihat epal hijau dilabel sebagai "ao-ringo". Jika diterjemahkan, anda akan menyangka ianya bermaksud epal biru. Walau bagaimanapun, ianya bukanlah epal biru sebaliknya hanyalah epal hijau biasa seperti yang anda mudah dapati di pasar raya di Malaysia.

Contoh lain adalah buluh hijau. Dalam bahasa Jepun, ia dipanggil "aodake" dan jika diterjemah secara literal, ianya bermaksud buluh biru. Realitinya, ia hanyalah buluh hijau yang biasa kita lihat.

Kredit:

Atlas Obscura
Japan Times
Readers Digest

Apa beza cabaran orang kidal dengan orang biasa?

Kidal adalah unik. 10% peratus daripada populasi di dunia ini adalah individu dominan tangan kiri. Walaupun menjadi minoroti, ia tidak mengubah apa-apa pun mengenai seseorang dan paling penting tidak menentukan masa depan seseorang. Menjadi individu kidal memberikan banyak manfaat, seperti penting dalam beberapa jenis sukan dan juga dikatakan mempunyai IQ yang lebih tinggi.

Namun kita tak dapat nafikan bahawa terdapat banyak rutin harian yang mencabar bagi mereka yang kidal. iluminasi.com ingin berkongsi 10 cabaran harian yang dihadapi oleh individu kidal.

1. Membeli dan bermain gitar

Kebanyakan gitar diciptakan secara standard iaitu dengan fret gitar akan berada di sebelah kanan. Individu kidal menggunakan tangan kiri untuk melakukan "strum", terbalik bagi individu tangan kanan. Dan jika anda pergi ke rumah rakan anda yang mempunyai gitar, boleh dikatakan 95% anda tak akan dapat bermain gitar tersebut kerana susunan tali bagi gitar orang tangan kanan adalah terbalik bagi mereka yang kidal. Seksa bukan?

Selain itu, jika gitar tersebut berbentuk seperti hourglass yang biasa dijumpai, itu tidak mengapa. Namun bagi gitar yang mempunyai bentuk tersendiri dan unik, kemungkinan besar orang kidal harus melupakan hasrat mereka untuk membelinya. Ini kerana jika gitar yang diciptakan untuk orang kanan digunakan oleh orang kidal, ia sama ada sukar untuk dimain atau kelihatan sangat pelik kerana terbalik.

2. Beraksi di dapur
Anda pasti perasan bahawa dapur anda mempunyai sinki di bahagian kiri sekali kan? Sinki dicipta untuk berada di sebelah kiri supaya ruang di sebelah kanan boleh digunakan untuk meletakkan pinggan yang dibasuh atau sebagai platform untuk memotong. Situasi ini tiada masalah bagi individu tangan kanan.

Bagi individu kidal, mereka terpaksa berganjak lebih jauh ke kanan jika ingin melakukan sesuatu kerana nature mereka yang lain.

3. Menggunakan tetikus komputer
Ini antara yang paling ketara, jika anda lihat seseorang itu menggunakan mouse menggunakan tangan kiri, pasti anda berasa pelik kan? Walaupun terdapat ramai individu kidal yang menggunakan mouse dengan tangan kanan kerana telah biasa menggunakan tangan kanan sejak mula menggunakan komputer, tetapi masih terdapat mereka yang menggunakan tangan kiri.

Tetapi bagi penulis, bagus untuk mereka yang kidal menggunakan tangan kiri untuk mengawal mouse, teruskan identiti anda!

Tetapi ia sukar jika anda perlu menggunakan komputer di tempat awam seperti di makmal atau sebaliknya kerana biasanya mouse akan berada di bahagian kiri dan anda terpaksa mengubahnya ke kiri, tetapi kalau tidak boleh diubah, bagaimana?

4. Gunting
Boleh dikatakan yang paling menyeksakan bagi orang kidal! Penulis tak tahu jika ada gunting yang dicipta khas untuk orang kidal, tetapi jika ada pun, memang sukar nak cari! Gunting biasanya berbentuk sama di bahagian pemegangnya, yang mana amat tidak selesa untuk digunakan menggunakan tangan kiri.

Tangan akan menjadi sangat sakit ketika menggunting dan kalau anda hebat, anda akan mendapat hasil guntingan yang lurus, kalau tak, nasiblah.

Tapi tak jadi masalah besar kerana bukan anda akan menggunting dalam masa yang lama pun kan. Tapi jika kerja anda adalah penggunting kain dan anda kidal? Memang kena ada gunting peribadi.

5. Meja lipat
Yang ni memang seksa. Kebanyakan meja lipat yang digunakan sama ada di sekolah, universiti atau pusat kursus adalah khas untuk orang tangan kanan. Bagi mereka yang kidal, adalah sangat mencabar bagi mereka untuk menulis kerana tangan mereka akan tergantung, tak seperti orang lain yang boleh meletakkan tangan di atas meja sambil menulis.

Mungkin kalau anda selalu gunakan meja itu, lebih baik buat custom made!

6. Pam minyak
Ini sebenarnya tidak lah membawa masalah sangat jika anda selalu mengepam minyak dan dah tahu apa nak buat. Tetapi kadang-kadang anda terlupa dan tersalah arah menyebabkan paip pam itu berpintal-pintal. Jadi perlu berpusing untuk mengubah posisi badan bagi mengisi minyak. Orang belakang pula pasti akan berasa hairan mengapa anda berpusing-pusing untuk mengisi minyak.

7. Bersalaman
Walaupun tak pernah lagi penulis berhadapan dengan orang yang datang bersalaman menggunakan tangan kiri, namun menurut mereka yang kidal, ia kadang-kadang terjadi. Oleh kerana terlalu biasa menggunakan tangan kiri, mereka terlupa dan secara semulajadi menghulurkan tangan kiri untuk bersalaman.

Sudah tentunya tidak membawa apa-apa masalah pun, tetapi agak pelik lah bagi orang lain.

8. Membuka tin
Sebelum menulis bahagian ini, penulis sendiri yang mencubanya. Bagi individu tangan kanan, anda akan memegang hulunya menggunakan tangan kiri dan memutarkan pemutar menggunakan tangan kanan. Tetapi ia terbalik bagi individu kidal.

Dengan memegang hulu menggunakan tangan kanan dan memutar menggunakan tangan kiri, anda akan mendapati tangan anda adalah bersilang dan cabarannya adalah sangat sukar untuk memutarkan pemutar tersebut serta mengambil masa yang lama.

9. Guna pen di tempat awam
Pergi bank dan perlu isi borang, dan apa yang anda lihat adalah pen yang disediakan dilekatkan pada bahagian sebelah kiri kaunter. Untuk menggunakannya, anda perlu mengubah posisi badan berkali-kali sebelum boleh menulis.

10. Menulis
Pasti individu kidal amat setuju dengan point ini, iaitu kertas biasanya menjadi kotor ketika menulis. Lebih-lebih lagi jika menggunakan pensel. Sambil menulis dari kiri ke kanan, tangan anda akan bersentuhan dengan kertas dan secara tak langsung akan membuatkan tangan dan kertas anda kotor akibat ink.
Juga, mereka yang kidal amat tidak sukakan buku yang mempunyai gegelung, lebih-lebih lagi jika gegelung itu sangat besar. Ini kerana ia akan menyukarkan individu kidal untuk menulis.

Satu lagi, anda akan sentiasa berlaga bahu dengan rakan anda di sebelah ketika menulis jika rakan anda menggunakan tangan kanan.

Sumber: Illuminasi

Thursday, November 22, 2018

Apa beza filem Lion King 2019 dengan Lion King 1994?


Tudiaaa...ini dia filem remake yang tasabar untuk ditonton!

Sapa yang rindukan filem ni, maknanya dia dah tua..hahaha..ok sorry, kami melawak saja.

Di sini kami sertakan perbandingan di antara filem Lion King 2019 (CGI) dengan Lion King (1994) animasi.

Enjoy!

1. Kita boleh dengar"Aaaaaah zabenya...!" pada saat 0.0001 dalam trailer.

Image from Walt Disney Studios
Di bawah merupakan scene di dalam cilem keluaran tahun 1994:
Image from imgur.com
Image via imgur.com

2. Haiwan-haiwan di dalam filem terbaru ini ternyata hasilan CGI yang cantik, tetapi pergerakan mereka masih lebih kurang sama dengan filem animasi asal!

Image from postimg.cc
Image via postimg.cc
Image from postimg.cc
Image via postimg.cc
Image from postimg.cc
Image via postimg.cc

3. Sedikit paparan imbasan Simba...

Image from postimg.cc
Image via postimg.cc
Scene di mana Simba meletakkan tapak kakinya di dalam bekas tapak kaki ayahnya dalam animasi tahun 1994: 

4. Di dalam trailer tersebut turut diselitkan scene yang bakal meruntun jiwa dan mengalirkan air mata sekali lagi..

Image from postimg.cc
Image via postimg.cc
Siapa yang telah bersedia untuk melihat wajah Mufasa dalam CGI pula???
Image from pridelands.eu
Image via pridelands.eu

5. Ooo... hello Rafiki!

Image from imgur.com
Image via imgur.com
Nindia Tok Bomoh Rafiki di dalam animasi pada tahun 1994:
Image from imgur.com
Image via imgur.com

6. Animasi Simba dah comel, tapi dalam CGI tahap kecomelan tetap HOMAIGOD!!!!!!

Image from imgur.com
Image via imgur.com
Simba di dalam animasi 1994:
Image from imgur.com
Image via imgur.com

7. Ya Rabbi comelnyaaaaa!!!!

Image from imgur.com
Image via imgur.com
Image from imgur.com
Image via imgur.com

8. Nindia si comel Simba!!!

Image from imgur.com
Image via imgur.com
Image from imgur.com
Image via imgur.com

9. Epik scene Pride Rock yang lejen...!

Image from postimg.cc
Image via postimg.cc
Gambar di atas adalah scene untuk tahun 2019 dan di bawah pula adalah ada tahun 1994. 

10. "Ingat tak..." *rawr*

Image from postimg.cc
Image via postimg.cc

Jom tengok perbandingannya...


Wednesday, November 21, 2018

Apa beza Parfum, Eau de Perfume dan Eau de Toilette untuk minyak wangi?

Sering kita lihat banyak minyak wangi di pasaran dan kita juga terkadang kala keliru dengan istilah yang dicetak pada botol dalam minyak wangi ini. Ada istilah eau de perfume atau eau de toilette. Untuk itu kami ingin kongsikan sedikit sebanyak mengenai istilah minyak wangi ini agar memudahkan anda memilih jenis pewangi pada masa akan datang.

Istilah Parfum / Minyak Wangi

Pada botol pewangi wangian sering tertulis label 'parfum', 'eau de parfum', 'eau de toillette' atau 'body splash'. Mungkin banyak dari Anda masih bingung, kandungan apakah itu dan berpengaruhkah pada ketahanan aromanya?

Label-label tersebut ternyata berkait rapat dengan kadar kandungan pati parfum. Semakin tinggi tingkat patinya, maka semakin lama pula wangian tersebut bertahan dan tentunya, semakin mahal harganya.

Parfum (Pure Perfume) 
Kadar Ketumpatan patinya mencapai 16%-30%, dan asli tanpa campuran alkohol. PARFUM adalah pati minyak wangi yang paling kuat dan paling mahal. Tahan lebih lama sehingga 6-8 jam bergantung kepada jenis kulit. Jika anda mengenakan wangian ini, bukan sahaja tubuh akan berbau harum malah boleh dihidu dari jarak yang cukup jauh dan tahan lama.

Jangan menyemburkan semburan parfum ke baju kerana teksturnya yang berminyak dapat meninggalkan noda. Cukup dengan oleskannya sedikit di nadi tangan dan belakang telinga.

Eau de Perfume 

Kadar Ketumpatan patinya mencapai 8%-16%. EDP atau Eau De Parfum mengandungi pati yang kurang pekat daripada Parfum. Tahan sehingga 3-5 jam. Ia mempunyai kandungan alkohol yang sedikit, aroma wanginya tahan lama dan kuat. Selalunya lebih sesuai digunakan pada malam hari, terutama untuk menghadiri acara formal.

Eau de Toilette 

Kadar Ketumpatan patinya mencapai 5%-8%. EDT atau Eau De Toilette merupakan minyak wangi yang lazim didapati di pasaran. Tahan sehingga 2-4 jam. Wangian ini berada setingkat diatas cologne. Kandungan alkoholnya kurang sedikit berbanding dengan cologne. Untuk kesegaran yang bertahan lama, wangian jenis ini adalah pilihan yang sesuai kerana aromanya ringan, tidak terlalu tajam dan sesuai untuk banyak acara mahu pun saat bersantai bersama teman.

Eau de Cologne 
Kadar Ketumpatan patinya mencapai 3%-5%. EDC atau Eau De Cologne adalah minyak wangi yang paling lemah dan kebiasaannya dipasarkan kepada lelaki. Tahan sehingga 2 jam. Jenis wangian ini yang paling ringan jika dibandingkan dengan yang lain. Amat sesuai digunakan di bagian tubuh, untuk menyegarkan dan memberikan aroma harum setelah mandi. Biasanya wangian ini beraroma menyegarkan. Contohnya kita boleh dapati pada tisu basah yang sesuai digunakan sebagai penyegar selepas melakukan sebarang aktiviti.

Eau Fraiche / Body Splash
Eau Fraiche biasanya disebut dengan istilah Perfume BodyMist atau Body Splash. Ia memiliki kadar pati terendah di antara semua jenis parfum , dengan campuran kurang dari 3% dan bertahan hanya sekitar 1 jam saja. Wanginya tidak bertahan lama dan cepat menguap, karena kadar alkoholnya yang tinggi. Sama seperti eau de cologne, body splash lebih sesuai dipakai untuk mengharumkan tubuh.

Kita sering menjumpai jenis EDP dan EDT. Perlu kita pahami bahwa tidak semua parfum tersedia dalam 2 jenis ini. Untuk parfum wanita sebagian besar berjenis EDP, sebaliknya untuk lelaki sebagian besar berjenis EDT.

Umumnya, parfum jenis EDP lebih tahan lama daripada EDT. Namun ketahanan aroma sebuah parfum dipengaruhi oleh banyak hal. Salah satunya jenis aroma dari parfum tersebut. Ada yang kuat, sedang, dan halus. Ada parfum berjenis EDP yang jenisnya halus, tentunya ia tidak akan bertahan lama. Banyak juga jenis EDT yang aromanya kuat sehingga aromanya bertahan lama.

Kebanyakkan produk wangian mengandung alkohol. Jadi, semakin tinggi kadar kepekatan pati parfum semakin sedikit kadar alkoholnya. Karena sifat alkohol yang menguap, fungsi alkohol disini untuk membantu menyebarkan aroma parfum agar tercium oleh orang-orang di sekitar Anda.

Selain itu, walaupun kadar kepekatan pati parfum mempengaruhi berapa lama wangian dapat bertahan pada tubuh Anda, Selain itu kondisi kulit kita juga mempengaruhi ketahanan parfum tersebut. Misalnya, mereka yang memiliki kulit kering, wangian parfum akan lebih cepat berkurang berbanding mereka yang memiliki kondisi kulit berminyak. Kadar PH seseorang, juga akan mempengaruhi interaksi antara kulit dan parfum.

Itu sahaja lah yang dapat kami kongsikan berkenaan dengan istilah minyak wangi ini. Marilah kita sama-sama memahaminya agar dapat memudahkan kita dalam memilih wangian disamping mengetahui maksud istilahnya.

Sumber: Online Sophie Boutique

Tuesday, November 20, 2018

Apa beza alkohol dan arak?

Ketahui perbezaan antara ALKOHOL dan ARAK dan sejauhmana ianya boleh digunakan dari aspek Pensijilan Halal.

a) Setiap minuman arak mengandungi alkohol tetapi bukan semua alkohol adalah arak. Hukum bagi alkohol yang diperoleh daripada proses pembuatan arak adalah haram dan najis.

b) Alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum dalam bentuk asli kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.

c) Minuman ringan yang diproses bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah 1 peratus adalah harus (boleh) diminum.

d) Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

e) Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semula jadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh) dimakan atau diminum.

f) Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak lebih 0.5 peratus.

g) Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

Sumber:- Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia

Bahagian Hub Halal JAKIM

Apa beza Politeknik Premier, Konvensional dan METrO?


Ramai masih tidak tahu membezakan antara jenis-jenis politeknik yang diperkenalkan di negara ini.

Politeknik mempunyai jabatan yang menyelia selianya iaitu dibawah Jabatan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi.

Terdapat 32 buah politeknik di seluruh negara yang menawarkan pelbagai kursus. Penubuhannya bertujuan untuk menampung jumlah pengambilan pelajar yang ramai setiap tahun sekaligus memastikan tiada pelajar berkelayakan tercicir akibat kuota terhad yang disediakan untuk kemasukan ke Universiti Awam.

Berikut kami kongsikan perbezaanya.

Politeknik Premier

Politeknik Premier adalah politeknik yang setanding dengan universiti. Politeknik ini hanya menerima pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM jika mereka gagal mendapat tempat di Universiti Awam akibat wujud persaingan yang tinggi. Program pengajian yang ditawarkan adalah di peringkat Diploma, Diploma Lanjutan dan juga Ijazah Sarjana. Kepada yang berminat, permohonan boleh dibuat melalui UPU Online dan juga terbuka kepada golongan sepenuh masa dan separuh masa. Politeknik dibawah kategori ini adalah :

1. Politeknik Ungku Omar, Perak (PUO)

2. Politeknik Sutan Salahudin Abdul Aziz Shah, Selangor (PSA)

3. Politeknik Ibrahim Sultan Johor (PIS)

Politeknik Konvensional
Politeknik Konvensional adalah politeknik biasa seperti yang kita kenali sebelum ini. Pengambilan pelajar dibuka kepada lepasan SPM. Ianya menawarkan program pengajian pada peringkat Sijil dan Diploma. Mod perngajian adalah sepenuh masa atau pun separuh masa. Permohonan juga boleh dibuat terus melalui UPU Online. Politeknik dibawah kategori ini adalah :

1. Politeknik Sultan Ahmad Shah, Pahang

2. Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Kedah

3. Politeknik Kota Bharu, Kelantan

4. Politeknik Kuching, Sarawak

5. Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan

6. Politeknik Kota Kinabalu, Sabah

7. Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang

8. Politeknik Kota, Melaka

9. Politeknik Kota Kuala Terengganu, Terengganu

10. Politeknik Sultan Abdul Mizan, Terengganu

11. Politeknik Merlimau, Melaka

12. Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kedah

13. Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak

14. Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor

15. Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis

16. Politeknik Muadzam Shah, Pahang

17. Politeknik Mukah, Sarawak

18. Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang

19. Politeknik Jeli, Kelantan

20. Politeknik Nilai, Negeri Sembilan

21. Politeknik Banting, Selangor

22.Politeknik Mersing, Johor

23. Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu

24.Politeknik Sandakan, Sabah

Politeknik METrO

Politeknik ini adalah politeknik yang ditubuhkan bertujuan untuk memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dalam bidang dan wilayah tertentu.

Sasaran pelajar adalah pelajar lepasan SPM dan golongan pekerja yang memerlukan upskill dan re-skilling.

Mengutamakan kaedah Blended Learning (Pembelajaran Teradun) dan menjurus ke arah Open Distance Learning (ODL) dalam kerangka e-pembelajaran. Politeknik dibawah kategori ini adalah :

1. Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)

2. Politeknik METrO Kuantan (PMKU)

3. Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB)

4. Politeknik METrO Betong (PMB)

5. Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG)

Diharapkan dengan perkongsian ini anda jelas mengenai perbezaan ketika-tiganya. Tidak kira dimana sekalipun anda belajar, asalkan sijil berkenaan mendapat pengiktirafan dan menguasai ilmu yang diajarkan, anda tetap akan ditawarkan pekerjaan yang baik. Majoriti pelajar politeknik, mudah ditawarkan pekerjaan kerana kaedah pembelajaran di politeknik lebih seimbang dari segi teori dan teknikal. Semoga berjaya kami ucapkan.

Sumber: Afterschool.my