Wednesday, October 31, 2018

Apa beza kopi Mocha, Latte & Cappuccino?


Pernah tak anda tiba-tiba sahaja rasa gementar dihadapan kaunter kafe Starbucks gara-gara pening melihat menu kopi yang disediakan? Buat yang pertama kali berkunjung ke kafe hipster pun Penulis yakin anda semua tercengang melihat perkataan Cappucino, Latte, Mocha, Americano dan lain-lain yang terbelit lidah nak menyebut. Baru nak beracah menghirup ‘kopi’ tapi aduh banyak pulak jenis kopinya.

Jadi sebelum anda dan rakan-rakan ke kafe pilihan, jom study 6 jenis hidangan kopi yang disediakan oleh Wanista. Bila dah tau, barulah confident nak order kopi apa.

Espresso
Espresso, hidangan kopi pekat dan juga menjadi bahan asas untuk membuat hidangan kopi yang lain. Dibuat khas dari alat tekanan untuk mendapatkan rasa kopi yang paling pekat dan sebenar. Kebiasaanya, dihidangkan didalam kuantiti sedikit, jangan pelik bila cawan sekecil tapak tangan dihantar kepada anda. Rasanya pastilah pekat dan pahit boleh dikatakan ‘ubat’ paling bagus untuk siapa yang ingin rasa bertenaga dan juga bagi sesiapa yang ingin berjaga malam. Tapi anda boleh menambah gula untuk mengawal rasa pahit kopi Espresso. Ada berani nak order Espresso?

Mocha
Double happiness! Bagi peminat minuman coklat, anda boleh menikmati bersama kopi yang dipanggil Mocha. Kopi + coklat ini berasal dari Amerika hasil inspirasi dari kopi Itali ‘Bicerin’. Tidak semua kafe menyediakan rasa yang sama pada kopi Mocha, kerana ia bergantung kepada kuantiti kopi Espresso dan sirap coklat. Mocha boleh dinikmati secara sejuk dan panas. Kini, lagi fancy bila ada kafe ingin menarik perhatian pelanggan dengan menyediakan kopi Mocha dengan hiasan krim putar, marshmallow dan kepingan coklat. Sedapnya!

Latte
Kalau dalam bahasa pasarnya ‘kopi susu’. Resepi kopi Latte ini pun cukup mudah hanya 1 atau 2 shot kopi Espresso dan dicampur susu yang dikukus (steamed milk). Latte atau Cafe Latte berasal dari perkataan Perancis, Cafe Au Lait dan Latte didalam bahasa Itali bermaksud ‘susu’. Sekiranya anda melancong ke Itali dan ingin memesan Latte pastikan menyebut penuh Cafe Latte, kalau tak nanti anda diberi segelas susu. Hahaha.

Cappuccino
Jika kopi Latte dibuat dari kopi Espresso dan ditambah susu kukus, begitu juga dengan kopi Cappuccino dan ia ditambah buih susu dibahagian paling atas kopi. Cappuccino dan Latte rupanya seakan-akan sama tapi cara penyediaannya sedikit berbeza. Barista biasanya akan menggunakan mesin tekanan air untuk mendapatkan buih susu yang cantik dan banyak. Cara yang senang nak ingat Cappuccino, anda bayangkan sahaja ‘kopi susu’ yang ada extra buih susu diatasnya. Mudah bukan?

Americano
Bagi anda yang biasa menonton drama Korea pasti anda perasan bila ada babak di kafe mereka akan memesan kopi Americano. Bila dilihat kopinya sama macam kopi biasa berwarna hitam gelap. Jangan menyangka kopi yang sama gelap pun rasanya sama. Dari bahan asas yang sama iaitu kopi Espresso dan ditambah air panas, Americano menjanjikan aroma kopi yang kuat walaupun rasa kafein yang rendah. Americano disediakan dalam gelas atau cawan yang besar. Penulis suka minum Iced Americano bila cuaca panas, segar jer rasa. Cubalah.

Macchiato
Comel jer kan nama kopi ini ‘Macchiato’. Sama seperti kopi Espresso tapi ini versi ditambah susu. Jika ‘kopi susu’ biasa Barista akan membancuh kopi bersama susu, berbeza dengan Macchiato, kopi akan ditambah ke dalam susu. Hah! nampak tak ‘permainan’ dia kat situ. Sebab itulah anda akan nampak kesan kopi seakan bertompok di gelas, dari situlah Macchiato mendapat namanya yang berasal dari macchia, bermaksud ‘kesan’ didalam bahasa Itali. Sekarang kopi Macchiato diperkenalkan dengan pelbagai perisa tambahan, ada yang berperisa karamel, vanila malah coklat. Penulis pun nak give a try lah nanti Caramel Macchiato macam syiok jer.

Okay, dah faham kan? Semuanya tertakluk pada rasa tekak anda yang inginkan jenis kopi yang macam mana. One more thing, sila praktis sebutan kopi-kopi ini, nanti takdelah bikin malu depan kaunter. Hehehe…


EmoticonEmoticon