Monday, November 5, 2018

Apa beza Curriculum Vitae (CV) dan Resume?


Perbezaan antara CV dan Resume yang harus anda tahu |

Adakah CV dan Resume perkara yang sama? Jawapannya Tidak

CV dan Resume adalah dua perkara yang berbeza dan wajib bagi mereka yang sedang mencari kerja mengetahuinya.

Perbezaan antara CV dan Resume

Perbezaan Format

CV Mengandungi maklumat yang lengkap dan bersturktur tentang pelbagai pengalaman profesional kelayakan dan lain-lain yang berkaitan manakala Resume mempunyai maklumat yang sama tetapi ditulis dengan ringkas dan padat dan hanya mempamerkan perkara yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

CV biasanya mempunyai 2 ke 3 muka surat dan Resume hanya perlu menggunakan 1 ke 2 muka surat.

Ciri-ciri Perbezaan Antara CV dan Resume

CV yang baik mengandungi dua muka surat dan boleh mencapai sehingga 3 muka surat manakan Resume yang baik hanya mengandungi 1 muka surat dan tidak boleh melebihi daripada 2 muka surat.

CV menyenaraikan semua pengalaman profesional serta pencapaian termasuk aktiviti sukarelawan dan disusun dengan kronologi yang terkini, Manakala Resume anda hanya perlu menulis pengalaman atau pencapaian yang berkaitan dengan jawatan yang hendak anda pohon.

CV biasanya dihantar tanpa perlu menggunakan cover letter manakalah Resume dihantarkan bersama-sama dengan cover letter.

Untuk Mohon Kerja di Malaysia apa yang harus anda guna Resume atau CV?

Ianya bergantung kepada bakal majikan anda jika mereka meminta resume maka anda perlu hantarkan resume manakala jika mereka meminta CV anda perlu hantarkan CV kepada mereka, apa yang penting anda tahu perbezaan kedua-dua ini.

Jika sebelum ini anda telah hantarkan Resume yang mengandungi 2 – 3 muka surat ketahuilah itu bukan resume tetapi CV.

Anda berminat untuk muat turun contoh template resume/cv anda boleh muatturun di link yang kami berikan disini Download percuma Contoh Resume cover letter


EmoticonEmoticon