Tuesday, November 6, 2018

Apa beza program-program sekolah di Malaysia?

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
Definisi: SBT merupakan sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik yang bertujuan menyerlahkannya dalam semua aspek kehidupan.

Objektif: Mewujudkan inovasi dalam pengurusan sekolah dan mempertingkatkan produktiviti pelajar.

Tahun ditubuhkan: 2010

Bilangan sekolah: 20

Milik: Kementerian Pendidikan

Sekolah Kluster
Definisi: Pusat kecemerlangan (di dalam kelompok sekolah) dengan memberi fokus kepada beberapa bidang seperti muzik, sukan, ict, sains, bahasa dan lain-lain disiplin pengajian.

Objektif: Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dan membangunkan sekolah dala cluster yang sama dan juga sekolah di luar kluster

Tahun ditubuhkan: 2007

Bilangan sekolah: 120

Milik: Kementerian Pendidikan

Sekolah Bestari
Definisi: Institusi pembelajaran yang telah merubah sistem pendidikan dan pembelajaran menggunakan kaedah dan teknologi terkini, termasuk peningkatan dalam proses pengurusan sekolah.

Objektif: Menyediakan pelajar yang berjaya mengharungi cabaran-cabaran dalam persekitaran moden dan global.

Tahun ditubuhkan: 1997

Bilangan sekolah: 88

Milik: Kementerian Pendidikan

Sekolah Wawasan
Definisi: Pelbagai jenis sekolah rendah seperti SK, SJK (C), Dan SJK (T) berkongsi kawasan dan kemudahan yang sama tetapi ditadbir oleh pengurusan sekolah berasingan.

Objektif: Untuk menggalakkan interaksi dan perpaduan di antara pelajar.

Tahun ditubuhkan: 2004

Bilangan sekolah: 8

Milik: Kementerian Pendidikan

Sekolah Premier
Definisi: Sekolah dalam kelompok sekolah kluster yang berusia lebih 100 tahun dan cemerlang dalam bidang akademik serta kokurikulum.

Objektif: Mengiktiraf sekolah-sekolah yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum, serta menghasilkan ramai pemimpin, ahli koprat, profesional dan ahli sukan.

Tahun ditubuhkan: 2006

Bilangan sekolah: 4

Milik: Kementerian Pendidikan

Sekolah Pintar
Definisi: Merupakan inisiatif tanggungjawab sosial oleh syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat korporat tempatan dalam menjayakan kecemerlangan akademik di kalangan kanak-kanak luar bandar di seluruh negara.

Objektif: Meningkatkan tahap pendidikan negara melalui peyertaan syarikat-syarikat bertanggungjawab.

Tahun ditubuhkan: 2006

Bilangan sekolah: 212

Milik: (33 Syarikat Korporat) PINTAR

Sekolah Amanah
Definisi: Sekolah-sekolah yang diuruskan secara bersama antara sekolah swasta dan pentadbir sekolah bagi meningkatkan prestasi sekolah dan pelajar merentasi pelbagai latar belakang prestasi dan sosial-ekonomi pelajar.

Objektif: Untuk membawa perubahan besar dalam pencapaian sekolah melalui kerjasama kepakaran sektor swasta dan awam.

Tahun ditubuhkan: 2011

Bilangan sekolah: 10

Milik: Kementerian Pendidikan