Ramai yang tidak dapat pastikan apakah perbezaan antara puntianak dengan langsuir apabila ada yang terlihat dengan tidak sengaja entiti antara dua penampakan makhluk ini.
Walaupun kita semua tahu bahawa ianya adalah jelmaan syaitan, namun tidak salah untuk kita ketahui ciri-ciri dan perbezaan antara duanya.
Untuk makluman anda pembaca setia kisahseram.com, puntianak dan langsuir kedua-duanya adalah makluk yang menyerupai wanita dan berpakian serba putih.
Kedua-duanya berambut panjang dan amat seram untuk dilihat secara terus menerus tanpa berpaling muka.
Namun begitu, apakah yang membezakan mereka?
Rambut
Rambut Puntianak tidak sepanjang rambut langsuir dan kedua-duanya terurai dan tidak terurus.
Lokasi
Puntianak seringkali dijumpai di darat dan langsuir pula kerapkali dijumpai berdiri di atas pokok.
Props
Puntianak gemar memegang batu nisan seakan bayi dan langsuir pula tidak memegang apa-apa.
Kedua-duanya suka menakut-nakutkan menusia dengan ketawa mengilai seram. Jika anda terdengar suara ketawa mengilai puntianak atau langsuir, mesti anda akan lari bertempiaran seperti tak cukup tanah. Boleh meremang bulu roma apabila difikirkan tentang hal tersebut tambahan pula apabila sedang lalu dikawasan sunyi sepi dan gelap.
Asal-usul kejadian
Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa puntianak dalam masyarakat melayu ini adalah jelmaan dari seorang perempuan yang meninggal dunia kerana dibunuh ketika sedang mengandung. Oleh itu, mereka akan menyimpan dendam dan terus mengganggu manusia untuk menuntut bela terhadap dirinya.
Lain pula ceritanya dengan langsuir. Ada yang menyatakan pendapat tentang kewujudan langsuir ini adalah berasal daripada seorang wanita yang mati selepas bersalin dan dibiarkan tidak terurus sehingga merebut busuk dan kering jasad mangsa bersama-sama dengan anaknya.
Dalam kepercayaan masyarakat melayu, langsuir ini adalah makluk halus penghisap darah. Mereka dikatakan akan merasuk mangsa dan menghisap mangsa secara perlahan-lahan sehingga meninggal dunia. Langsuir boleh menyerupai wanita cantik dan berkebolehan dalam menggoda lelaki. Apabila sampai di tempat sunyi, langsuir akan berubah wajah ke bentuk asal dan menghisap darah mangsa.
Sumber: Kisahseram.com

EmoticonEmoticon