Thursday, November 1, 2018

Apa beza Warranty dengan Guarantee

Apabila kita membeli sesuatu produk, sesetengah pihak mengatakan guarantee lebih baik daripada warranty. Pergiah ke mana-mana kedai dalam dunia ini, dua perkataan ini akan meniti di bibir penjual. Namun begitu, masih ramai yang keliru dengan pengertian sebenar.

Warranty atau Waranti

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka menterjemahkan perkataan warranty sebagai waranti yang membawa makna jamina secara bertulis yang diberikan oleh syarikat kepada pembeli untuk membaiki atau menukarkan sesuatu barang yang dibeli jika barang itu rosak atau tidak berfungsi dalam tempoh masa tertentu.

Dalam erti kata lain, waranti ini merupakan jaminan yang formal. Selalunya kita diminta untuk mengisi kad atau borang waranti yang telah dicap oleh pengedar.

Sebagai contoh, anda telah membeli sebuah periuk nasi dengan 2 tahun waranti. Ini bermaksud, syarikat pengeluar akan membaiki atau memulangkan wang anda sekiranya barang tersebutrosak atau tidak berfungsi sepanjang tempoh dua tahun.

Jika anda sering bertukar-tukar telefon bimbit, anda pasti terbiasa dengan terma "Seller Warranty" dan "Manufacturer Warranty". Kedua waranti ini hanyalah membezakan sama ada produk tersebut asli atau tidak.

Waranti kedai bermakna anda hanya boleh telefon tersebut ke kedai yang anda beli sahaja sekiranya ia mempunyai masalah. Ada kebarangkalian telefon anda ini mrupakan produk AP ataupun refurbished. Manakala waranti pengilang pula bermaksud produk itu ada adalah asli daripada pengeluar dan boleh dihantar ke mana-mana pusat servis jenama berkenaan selagi masih dalam tempoh waranti.

Guarantee atau Gerenti

Perkataan guarantee pula diterjemhakan sebagai gerenti yang membawa maksud kepastian atau jaminan.

Gerenti juga merupakan janji pengeluar tentang kualiti sesuatu produk, cuma ia melibatkan terma yang lebih menyeluruh dan lebih bermakna di mata pengguna. Walaupun gerenti juga boleh dimasukkan ke dalam sesebuah kontrak waranti, namun ia tidaklah diperincikan dengan lebih jelas seperti waranti.

Gerenti sering digunakan sebagai persetujuan bahawa sesuatu produk itu berkesan atau boleh digunakan dengan baik dan menjadi jaminan bawah ia tahan.

Waranti vs Gerenti

Dari sudut perundangan, tiada perbezaan ketara antara kedua-dua konsep ini. Namun begitu, terdapat sedikit perbezaan yang pengguna perlu ambil tahu:

1. Tanggapan Umum

Walaupun ianya bukan satu perkara yang teknikal, namun ianya tetap penting. Ramai yang mengaitkan terma guarantee dengan pengembalian wang ataupun penggantian produk dan waranti lebih kepada pembaikan dan penyelenggaraan produk.

Katakanlah anda membeli sebuah telefon bimbit dengan jaminan 1 tahun, ini bermakna pihak syarikat akan menggantikan atau mengembalikan wang anda dalam amaun penuh sekirang telefon bimbit itu tidak berfungsi dalam tempoh satu tahun.

Sekiranya telefon bimbit itu datang dengan waranti 1 tahun pula, andainya berlaku kerosakan dalam tempoh yang berkenaan, pihak syarikat akan membuat kerja baik pulih telefon bimbit anda itu. Sekiranya pembaikan tidak berjaya, barulah mereka akan cuba menggantikan dengan telefon bimbit yang baru.

2. Tempoh masa

Kontrak waranti kebiasaannya mempunyai tempoh yang jelas bagi sesuatu produk. Ada yang mempunyai waranti beberapa minggu sahaja sehinggalah ke belasan tahun tempohnya.

Gerenti pula tidak mempunyai tempoh masa sah yang jels kecuali kes-kes terpencil seperti "jaminan wang dikembalikan dalam tempoh 10 hari." Gerenti secara umumnya digunakan untuk meningkatkan kredibiliti produk dan kepercayaan penggunan. Kerana itulah banyak syarikat yang menggunakan frasa "Lifetime guarantee" semasa mempromosikan produk mereka. Walaupun hakikatnya mereka menawarkan tempoh waranti 10 tahun dengan subskrip "tertakluk kepada terma dan syarat."

Ambil gambar di bawah sebagai contoh:

3. Dari sudut kewangan

Waranti yang diberikan bagi tempoh tertentu kebiasaannya percuma apabila anda pertama kali membeli produk. Namun adakalanya waranti dikenakan bayaran seperti bayaran polisi insuran. Anda juga ada pilihan untuk memanjangkan tempoh waranti dengan membuat sedikit bayaran tambahan.

Gerenti pula tidak memerlukan sebarang bayaran dan sentiasa percuma.

4. Dari sudut undang-undang

Secara umumnya, gerenti merupakan kontrak tanpa bayaran tambahan. Waranti pula merupakan suatu instrumen yang sah dari sudut undang-undang dan boleh digunakan sebagai dokumen untuk mengeluarkan saman kepada pengilang/penjual sekiranya perkhidmatan yang ditawarkan tidak dibuat dengan sewajarnya.

Kesimpulannya, sebagai pengguna, sebelum membeli sesuatu produk, bacalah dahulu segala terma dan syaratnya. Jika tidak faham ayat-ayat legal yang digunakan, bertanyalah kepada penjual dan dapatkan maklumat dengan jelas.


EmoticonEmoticon